ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Sunday, May 2, 2010

Resepi Kek Epal & Strawberry

Salam...

Nak resepi tak? Kek Epal N Strawberry...dapat resepi dari kak jun cupcakekasih..tgk gmbr dulu ye...resepi akan diupdate kemudian...ttunnnggggguuuuuuuuuu....
Saya olah sedikit resepi ni...actually nama kek ni kalau dari blog kak jun Kek Epal dari Syurga tapi saya letak tajuk lain sedikit lah coz ada letak yogurt strawberry kt dlm kek ni but strawberry nye tak brape rasa...hehehe..kalau nak lebih rasa bolehla potong kan strawberry tu kiub2 kecil dan masukkan dlm adunan....
ok guys...selamat mencuba...
KEK EPAL dan STRAWBERRY (setelah diolah sedikit)
sumber: Alex Goh but copy from cupcakekasih

Bahan-bahannya

Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt (saya guna yogurt perisa strawberry)

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal (saya guna epal hijau - potong kiub)
50 g sultana (x masukkan pun)
1/2 tsp serbuk kayu manis (x masukkan pun)

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok(x buat, juz epal tu masuk terus dlm adunan). Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek.
9. Saya letak fresh strawberry atas kek dan drizzle ngan chocolate ganache dan makan ngan fresh cream.yummmy...



2 comments:

balqis said...

thanks for sharing this resepi...saya nk cuba lah...

Balqis House said...

terima kasih share resipi....good info