sedap gak ice cream ni...berries ni yg buatkan sedap...next time nak try wat ice cream dgn buah2 tempatan la so takde la mahal kos nye...nnti sy xperimentkan dulu kay...
ok sekarang kita tgk resepi nye dulu
Source: wendyinkk
Bahan-bahan:
125gm blueberi
125gm strawberi, dibuang daun atasnye
100gm gula castor
2 Tbsp perahan air lemon
1 tsp parutan kulit lemon
1 tsp gelatin
1 Tbsp air
170gm yogurt perisa neutral
300gm whipping cream
Cara-cara:
1. Masak strawberi dan blueberi bersama gula sehingga keluar syrup yg berwarna keunguan.
2. Tutup api dan masukkan air lemon dan parutan kulit limau.
3.Sejukkan sebentar dan blend jadikan puree. Ketepikan.
4. Masukkan gelatin bersama air didalam mangkuk lain, biarkan 2 min sehingga menjadi seakan-akan jelly.
5. Panaskan 1/3 puree dan setelah panas masukkan adunan gelatin ke dalam puree dan kacau sehingga gelatin cair.
6. Campurkan semua puree dgn puree yg selebihnya tadi, kacau dan campurkan pula dgn yogurt, kacau sebati.
7. Dalam mangkuk lain yg telah disejukkan, pukul cream sehingga kental.
8. Masukkan 1/4 puree ke dalam cream dan kacau perlahan2.
9. Ulang step (8) sehingga habis.
10. Masukkan adunan ice cream ke dalam bekas yg bersesuaian (loaf pan atau popsicle mould)
11.Masukkan dlm freezer, bekukan semalaman.
12.Kesesokkan nye boleh la dihidangkan.
No comments:
Post a Comment