ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Tuesday, November 8, 2011

Resepi Chocolate Chip Bread Pudding

Salam...

Kali ni nak share satu resepi yang mudah dan sedap iaitu Chocolate Chip Bread Puding with Vanilla Sauce...terliur tgk bread pudding dari blog Kak Azlita @masam manis tuh...tu yang nak gak buat...sy buat time raya Aidiladha aritu utk dijadikan dessert...bawa skit bagi pada MIL..anak-anak buah pun suka...makan time pudding yang suam-suam kuku bersama sos vanilla yang sejuk memang mengancam...okla..jom kita tgk resepi nye..copy n paste dari blog Kak Ita jek..thanks kak Ita..mohon share respi kat sini plak ye...



250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream 
40 gm gula perang - K.ita tambah 20 gm lagi (Liesa pun tmbh)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - K.ita tambah (Liesa pun tambah)
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding



Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga  gunakan  ramekins atau casserole.



Roti di potong kecil
K.Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila di rendam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.

Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan. 
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya. 
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.



Untuk Sos Vanilla
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Untuk membuat kuah@sos Vanilla - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.




No comments: