ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Tuesday, November 8, 2011

Resepi Kek Karamel yang yummy

Salam...


Haa..ni kek yang sangat sedap di tekak saya, my hubby and my daughter...diorg suka sgt dgn kek ni smpi buat ari sabtu aritu, habis aritu jugak...my hubby ni tak suka sgt makan kek tp kek yang ni dia boleh ulang-ulang makan...next time pasti saya akan buat lagi kek ni...ramai gak la sy tgk blog2 masakan yang buat kek ni..sy pun teruja juga la nak buat....

Bila kek ni diwarnakan dgn warna kegemaran lagi la nmpk sedap..bila makan time sejuk lagi la terasa nyaammannn dan sedapppnyeee...mmm jom kita tgk resepi nye ye...walaupun jmpa resepi ni dari bnyk blog tapi saya copy n paste dari blog Kak Ita juga...minta share ye kak Ita...thanks a lot..suka sgt tgk blog Kak Ita ni...sgt sannntekksss...


Gula Hangus 
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan
 

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.

Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti)




Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.

Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak

Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.

Merinque  
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. Gaul rata secara kaup balik
 Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Letakkan pewarna yang anda sukai.Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. 







Kaedah Steam Bath 
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



Resepi Chocolate Chip Bread Pudding

Salam...

Kali ni nak share satu resepi yang mudah dan sedap iaitu Chocolate Chip Bread Puding with Vanilla Sauce...terliur tgk bread pudding dari blog Kak Azlita @masam manis tuh...tu yang nak gak buat...sy buat time raya Aidiladha aritu utk dijadikan dessert...bawa skit bagi pada MIL..anak-anak buah pun suka...makan time pudding yang suam-suam kuku bersama sos vanilla yang sejuk memang mengancam...okla..jom kita tgk resepi nye..copy n paste dari blog Kak Ita jek..thanks kak Ita..mohon share respi kat sini plak ye...



250 gm roti - anggaran 8- 10 keping
500 ml susu cair
125 ml double cream 
40 gm gula perang - K.ita tambah 20 gm lagi (Liesa pun tmbh)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila - K.ita tambah (Liesa pun tambah)
100 gm choc chip
2 sudu gula pasir - untuk tabur atas puding



Panaskan oven 170 C
Sediakan loyang berukuran 23 cm atau 9 inc
Leserkan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
Boleh juga  gunakan  ramekins atau casserole.



Roti di potong kecil
K.Ita bakar dulu roti tu sekejap supaya roti tidak terlalu lembik bila di rendam. Dan kita juga akan dapat tekstur puding yang agak padat.
Susun roti dalam loyang, atau ramekins atau casserole.
Taburkan 100 gm choc chip.

Dalam satu bekas yang lain kita satukan, susu, double cream, gula perang, telur dan esen vanila.
Pukul sehingga adunan rata.
Tuangkan perlahan2 atas roti tadi supaya ia meresap dalam roti.
Teka-tekan rori supaya ia meresap adunan. 
Biarkan roti terendam sebentar selama lebih kurang 20 minit
Taburkan gula pasir atasnya. 
Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 40 minit
Sedia untuk di hidangkan.



Untuk Sos Vanilla
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
2 s/b gula

Untuk membuat kuah@sos Vanilla - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.




Red Velvet cake theme Minnie Mouse: Sheeda

Salam,

Order dari Sheeda untuk birthday anak buah nye...Sheeda request red velvet cake tp bentuk minnie mouse..topping nye juga adalah cream cheese frosting...anyway Sheeda thanks  a lot..and to Madam Meghana and Najiha thanks to u tooo coz promote my blog to ur friends...






1kg Chocolate Sponge Cake: Yana

Salam..

Order from Yana  sempena birthday Wan, Amat and Jihad..thanks ye yana...