ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Friday, July 15, 2011

Resepi: Masak2 on my Hubby's Birthday

Salam..

4th Julai 2011 aritu my hubby's birthday...so aritu masak la something utk dia...sy masak roast marinated chicken, slice potato yg dibakar , steam carrot & broccoli and mushroome soup serve dgn garlic bun. Actually nak kongsi resepi-resepi kt atas ni...meh kita tgk resepi2 nye...


Roast Marinated Chicken:
(Untuk 1 ekor ayam)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tbs serbuk paprika
1 tbs serbuk lada hitam kasar
2 tbs madu
1 tbs mix herbs / rosemary
2 tbs olive oil
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
2. Lumurkan bawang dan kesemua bahan ke atas ayam tersebut sehingga rata.
3. Marinate sehingga 2 @ 3 jam..klau nk lgi sedap bleh marinate semalaman.
4. Bakar ayam tersebut dalam oven yg telah dipanaskan suhu pada 200 darjah celcius.
5. Bakar sehingga masak.

Slice Potato:
2 biji kentans US
1 tbs olive oil
Serbuk lada hitam kasar secukupnya
Serbuk paprika secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:
1. Potong kentang secara slice.
2. Lumurkan kesemua bahan-bahan pada kentang tersebut
3. Bakar pada suhu 200 darjah celcius sehingga garing dan ranggup.



Steam carrot & Broccoli:

Yang ni u all bleh steam atau rebus..sebelum steam lumurkan dulu dgn sedikit garam ke atas carrot n broccoli tu...kalau rebus bleh masukkan garam tersebut dalam air utk direbus bersama...


Muka sedap ke tak sedap tu...??


Creamy Mushroom Soup:
100gm button mushroom
100gm oyster mushroom
150gm shitake mushroom
50gm shitake mushroom (yang ni utk dimasukkan kemudian)
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 cawan susu
1/2 cawan dairy whipped cream
1 tsp tepung jagung (kacau ngan sedikit air)
2 tbs olive oil
2 tbs fresh parsley (dicincang halus)
garam & lada hitam secukupnya

Cara-cara:
1. Cincang halus bawang putih. Slice kan kesemua mushroom tetapi asingkan 50gm shitake mushroom.
2. Panaskan periuk ngan olive oil..setelah itu masukkan bawang putih kemudian semua mushroom.
3. Stelah kesemua mushroom layu masukkan air, susu dan whipped cream..setelah itu masukkan tepung jagung yang telah dikacau dgn asedikit air.
4. Masukkan garam dan lada hitam secukupnya.
5. Setelah sebati, tutup api dan blendkan kesemua nye..jgn terlalu halus sbb nk ada rasa mushroom tu sikit..
6. Dah blend masak balik dan masukkan 50gm shitake mushroom yg telah dislice halus bersama fresh parsley tadi sehingga mendidih.
7. Ok dah boleh makan...makan dgn garlic bun...

Garlic Butter:
2 ulas bawang putih
1 tbs salted butter
sedikit fresh parsley

Cara-cara:
1. Tumbuk bawang putih sehingga halus dan masukkan fresh parsley..tumbuk lg sehingga halus..
2.Kemudian kacau sebati dgn butter.
3. Bleh la disapukan dgn roti. Grill kan roti tersebut.

Ok guys...Selamat Mencuba ye...memang sgt sedap respi2 ni...cuba la ye...

Thanks b..for ur compliments..hehehe


No comments: