ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Tuesday, March 9, 2010

I'm Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Hai semua...salam...bertuahnya sebab dapat dan terpilih menyertai Gatsby Deodorant Street Fair. Street Fair ni berlangsung pada 17 April 2010 hari Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 5 petang di ruang legar Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dan permainan yang akan diadakan di 'Street Fair' ini daripada permainan membaling getah sehinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara.

Peserta permainan akan memenangi mata dan boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby. Selain itu, peserta yang mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang dapat dimenangi oleh peserta dalam cabutan bertuah adalah seperti  barangan elektronik, komputer, telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM15,000.00. Wow! menarik kan hadiah yang ditawarkan. Sekiranya ada permainan seperti baling-baling macam dekat fun fair tu teringin jugak nak main kan? Dah lama tak merasa permainan macam tuh...bleh dapat kumpul mata banyak-banyak dan sekaligus dapat banyak hadiah.

Best nye...tak sabar pulak rasa nak join 'Street Fair' ni..Jom la kawan-kawan kita meramaikan lagi 'Street Fair' ni...jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah yang menarik. Kita ramai-ramai pergi Berjaya Times Square..dekat je boleh naik kereta ke arah Jalan Imbi dan parking kat Basement Times Square. Kalau kawan-kawan yang luar dari Kuala Lumpur tu yang tak tau nak drive ke sana bleh la datang naik Monorail berhenti di Stesen Imbi. Jom pergi beramai-ramai untuk keseronokan di Gatsby Deodorant Street Fair. Untuk maklumat lanjut kawan-kawan boleh layari web ni www.gatsby.com.my/streetfair. Jangan lupa datang ye kawan-kawan...kita ramaikan dan meriahkan lagi Gatsby Deodorant Street Fair ni....

No comments: