ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Monday, September 7, 2009

Yellow Cab Pizza

Tuesday last week, my mom ada order Pizza dari Yellow Cab utk bebuka,juadah sampingan..saje nak try pizza baru nih...my mom order large pizza utk 5 orang makan...bila pizza ni sampai jek, kami sume terkejut sbb pizza dia tersangatlah besaaar nyeee...saiz dia lain dari pizza yg lain sprt pizza hut, shakey's n dominos...saiz large dia 18"...cuba bayangkan betapa besarnye pizza dia...memang puas hati makan la sampai termuntah2...nak buat parti boleh la order pizza ni.
Tapi saya tak berapa suka sgt la pizza ni...better dominos lagi.walaupun dia nipis tapi tak seranggup dominos...still rasa cam tebal mcm makan pizza hut gak.
Pizza ni x brape famous lagi...cawangan dia pun baru ada 3...satu kt Ampang Point, satu kat Jalan Raja Abdullah KL dan satu lagi kat subang jaya....kalau sesapa yg dekat ampang tu boleh la try. Ni la dia pizza yang teramat la besar nye nih.....Laaayyyaaaannnn








Sunday, September 6, 2009

Chocolate Moist Cake

CMC ni order dari Abang Razip...katanya utk anak dia....anak dia memang suka kek coklat ni....ni second time order dari abg razip...thanks a lot ye abg razip.....





Yang ni plak saje buat lebih utk bawa pi umah my mother in law....adik ipar suka sgt ngan kek coklat so saya pun buat la skit utk bebuka nnti....





Cookies for Molynard Spa promotion!!

Cookies ni dibuat untuk Molynard Spa untuk customer yang spend RM50 above akan dapat a box of cookies ni secara PERCUMA. Service yang ada di Molynard Spa ni seperti Wash n blow, colour, rebonding, cut, facial (pelbagai jenis facial), massage, mandi bunga, scrub dan pelbagai lagi... Kepada sesiapa yang nak grooming b4 raya ni boleh la datang ke Spa Molynard ni....Terletak di Bukit Antarabangsa berdekatan Giant Bukit Antarabangsa, Jalan Wangsa 11.


Caramel chocolate chip



Packaging box


Cornflakes rangup


Nak deliver kt Molynard Spa


Cheese Butter Cake

Cheese butter cake ni buat untuk makan bebuka puasa sabtu lepas....saje try resepi dari blog kak rinn....

KEK MENTEGA KEJU (CHEESE BUTTER CAKE)

Bahan-bahan :
170gm mentega
125gm krim keju (tambah sikit utk lebih rasa cheese)
250gm gula castor (kurangkan ke 220gm)
5 biji telur, asingkan putih dan kuningnya
210gm tepung serbaguna
1 1/2 camca teh baking powder, diayak bersama tepung
2 camca teh esen vanilla
1/8 camca teh cream of tartar

Cara-cara :
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan memutar hingga habis.
3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji. Putar sebati.
4. Masukkan tepung. Perlahankan putaran. Masukkan esen vanilla.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan cream of tartar.
6. Apabila sudah kental, masukkan 1/3 bahagian ke dalam adunan mentega/keju/tepung.
Kaupbalikkan. Ulangi hingga habis.
7. Ratakan adunan ke dalam loyang beralas kertas dan dilengser sedikit majerin.
8. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 1 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
9. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang.






Rasa dia lemak n tak brape manis sgt tp cheese dia tak brape rasa....Klau nak lebih rasa cheese saya sarankan tambah skit cheese dari resepi asal.