Salam,
Okay semua...sweetyfudge nak update mengenai Kelas Baking...ramai yang bertanya dari dulu lagi yang sweetyfudge ni tak buat kelas ke? Memula dulu tak confident lagi nak buka kelas tapi disebabkan ramai yang dah bertanya dan sweetyfudge pun dah mencecah 5 tahun so saya pun discuss ngan hubby then dia pun bersetuju utk sy membuka kelas baking ni....
Rasa dah tiba masa utk saya mencurahkan ilmu2 yang saya ada pada semua orang yang berminat utk belajar baking dan yang baru utk membuka perniagaan baking ni...Permulaan kelas yang saya anjurkan sy akan buka limited seat untuk satu kelas. Ini sbb first time so tak tau lg mcmana keadaan nye bila sy mengajar org...bila dh biasa barula sy akan open utk ramai...
Ok selepas ni akan ada beberapa kelas yang akan saya update...ada 2 jenis kelas iaitu Kelas Hands On dan Kelas Semi Hands On...
Kelas Hands On selalunya pelajar yang akan buat product tu dari mula sampai akhir bermula dari menimbang, mengadun, membakar dan seterusnya mendeco...saya hanya akan conduct sahaja...Kelas ni saya tak buka utk ramai...1 kelas maksimum 2 org sahaja.
Kelas Semi Hands On pula saya yang akan tunjukkan cara-cara menimbang, mengadun, membakar dan mendeco, pelajar akan membantu juga. Dalam kelas ni anda boleh dtg 1 group(4 org dr kawan2 anda sendiri) atau saya akan open kpd org lain utk 4 org 1 kelas. Kalau tak cukup 4 orang saya tidak akan proceed kelas.
Nota akan diberi beserta makan tengahari. Anda tidak perlu bawa apa2, kecuali pen untuk mencatat nota. Kelas akan bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga selesai.
Kelas Hands On yang bakal saya open untuk belajar adalah seperti:
1. Kelas Basic Cupcake (RM180)
2. Kelas Basic Cake (RM180)
3. Kelas Red Velvet Cake & Cupcake (RM250)
4. Kelas Rainbow Cake & Cupcake (RM250)
5. Kelas Pavlova + Mini Pavlova + Cream Puff + Eclaire (RM200)
6. Kelas Caramel Cake + Russian Black & White Cake (RM200)
7. Kelas Aneka Tartlet (RM160)
8. Kelas Aneka Cheese Cake (RM280)
(Marble Cheese cake, Oreo Cheese Cake & Chilled Toffee Caramel Cheese Cake)
Kelas Semi Hands On yang bakal saya open untuk belajar adalah seperti:
1. Kelas Basic Cupcake (RM100)
2. Kelas Basic Cake (RM100)
3. Kelas Red Velvet Cake & Cupcake (RM120)
4. Kelas Rainbow Cake & Cupcake (RM120)
5. Kelas Pavlova + Mini Pavlova + Cream Puff + Eclaire (RM110)
6. Kelas Caramel Cake + Russian Black & White Cake (RM110)
7. Kelas Aneka Tartlet (RM100)
8. Kelas Aneka Cheese Cake (RM150)
(Marble Cheese cake, Oreo Cheese Cake & Chilled Toffee Caramel Cheese Cake)
Setakat ni hanya 8 kelas yang akan saya anjurkan..akan ada penambahan kelas dari semasa ke semasa. Sesiapa yang ingin menyertai kelas di atas boleh memaklumkan pada saya tarikh yang akan anda sertai. Sekiranya saya masih kosong so kita boleh proceed la...Anda dikehendaki membayar 50% daripada total harga kelas tersebut 3 hari sebelum kelas...selebihnya semasa kelas.
Saya juga akan membuka kelas pada tarikh2 tertentu. Anda boleh booking kelas dengan sms/call saya di no 012-6276146 atau email malisa_82@yahoo.com.
So apa tunggu lagi, jom pada sesiapa yang nak memulakan business baking ini atau pun saja-saja untuk menambah ilmu boleh la join kelas saya. Thanks...
XOXO,