ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Sunday, August 16, 2009

New product


Saya ada tambah 2 product baru iaitu old fashion brownies dan cream puff...sesuai untuk majlis harijadi, kenduri, parti atau ape2 saje majlis keraian...
Brownies hanya dengan 1 pilihan size sahaja iaitu empat segi 8":-
*Brownies with Almond Flakes=RM30
*Brownies with chocolate ganache=RM35


Cream puff pula minimum order 30 biji:-
*Cream puff dgn cream custard inside=RM15
*Cream puff dgn cream custard inside + chcolate ganache on top=RM18


More Cupcakes Collection on August 2009


My new collection of cupcakes...Sesapa yg nk order cupcakes bleh juga request dgn design2 yg kt bawah ni...toppers from fondant.



rose n blossom flower


ni dr buttercream...rose swirl


sama mcm atas


ada butterfly


yg tengah2 tu a tiny box present


peach buttercream ngan bunga blossom




white n gold



rose swirl buttercream gak



rose kembang mekar



set of baby born...kalau ada sesapa nk buat baby shower bleh ambik design ni....


Fairies or angel....


a bouquet of roses with love.....

rose bud with butterfly...











a set of 2...



bila dh siap jek set ni sy bawa gi rumah member sy for makan2 utk gathering kami....

Happy Birthday Pakcik Rosli

Blueberry cheese cake ni order dari my auntie:Mak Pah for her husband birthday on 16 August 09 ni...last week my auntie call my ofis and request nak order cheese cake. MakPah ckp cheese cake ni nampak mengiurkan so nak try for Pakcik Rosli nye birthday.



Simple deco

Happy Birthday to you Pakcik Rosli...yg keberapa ek?

Deliver time

Friday, August 14, 2009

FHM 2009

Food and Hotel Malaysia Excibition 2009: Last wednesday on 12th August 09 sy and my others office mate ada gi excibition FHM ni kt KLCC convention center. Excibition ni sgt meriah dan besar. First time gi but b4 ni dh pernah ada dh cuma xtau info jek. This year dpt info pun dari blog Mas Des Fontaine, so terus je buka website dia and register. Nak masuk excibition ni kene register ngan biz card. Kalau xde x bleh masuk.

Bila masuk jek,wow bnyk gile syarikat dari Malaysia, China, Taiwan, Indonesia, Turkey and bnyk lagi la negara yg join excibition ni...Rupa-rupanya bnyk syarikat supply bakery ingredient ada kt malaysia ni...cuma x tau jek...bila dh gi excibition ni baru la tau. Yang kita tau takat ni cuma Bake with Yen, Bagus, Yummy Bakery and etc...

Semenjak gi excibiton ni dptla beberapa contact no supplier bakery ingredient. Lepas ni boleh la gi sana jek. Harga pun quit murah la dr kedai yg kita selalu pergi. Machinery pelbagai pilihan pun bnyk dipamerkan, yang paling penting kt excibition ni dpt makan free hehehehehe....setiap booth mesti ada bagi sample rasa produk2 diorg...wah kenyang jugak la time tu.....

Next year kalau ada lagi mesti kene gi...jgn miss..okla kt bawah ni ada beberapa gamabr yg sempat saya ambil...



Lucky draw




Chef Gourmet Battle




Deco using whipping cream




Deco using vivo whipping cream


Chef Ismail demo cara masak traditional steak


Demo kat booth Bakers' Choice


Fondant cakes n cupcakes kt booth Trans

2nd order from Kak Sue

Chcolate Mosit Cake diorder oleh kak sue from Tabung Haji....b4 ni kak sue order cheese cake...kali ni order chocolate moist pulak...juz for makan-makan.

Chocolate ganache masa ni 'a bit grumpy', x brape nk smooth

Siap untuk deliver

Tuesday, August 4, 2009

Wilton Class - ICCA

Akhirnya dapat jugak join wilton class ni...nasib baik ada bnyk lagi cuti so dapatla penuhi cuti-cuti yg ada tu dgn join klas utk tingkatkan lagi skill...ye la kita kan baru belajar masih kurang experience dan skill2. Actually bnyk lg kelas yg saya rasa nk join tp buat masa skrg ni blom ada masa yg terluang lagi....sebabnye baru renew kontrak so xbleh nak cuti lagi...kalau nk join pun weekend je la itu pun kalau xde ape2 aktiviti lain...

Sepanjang bulan julai, setiap minggu mesti ada satu hari yang saya cuti sebab mengikuti kelas wilton di ICCA Hartamas...Saya amik course 1 je,course 2 dan 3 sy malas nak amik. Saya rasa better saya belajar dengan blogger2 yang di luar sana yang anjurkan kelas deco sbb saya rasa lagi puas hati dan mb lagi bnyk skill2 yg menarik.
Ape2 pun ada juga la skill yang sy pelajari di wilton ni.

So dibawah ni sy ada beberapa gmbr deco cake sy semasa belajar di wilton. Ada gak gambar yg x sempat nk amik, rakan2 nye deco and gambr instructor pun x dpt nak amik sbb time graduation day tu handphone saya tertinggal la pulak...so xde la kenangan cuma ada one student ni ada la tangkap gmbr kami sume cume dia x emailkan lagi pada sy.


Wedding Cake


Wedding cake ni ditempah oleh Ella...actually ella ni pun ada biz cupcake jugak dari Sweet Lil' Cupcakes tp skrg ni dia stop sekejap sbb pregnant.Katanya dh tak larat so dia pun order la kat sweetyfudge. Dia order 2 tier stacked wedding cake. Theme color maroon dan frosting utk cake ni buttercream. Ella juz nk simple deco je then katanya dia akan letakkn fresh flower on top of cake.


Blom dihias dgn white choc

Memula dpt order ni rasa kurang yakin sbb kene buat 2 tier stacked buttercream..b4 ni buat yang fondant senang sikit but this frosting dia buttercream so takut x menjadi sbb buttercream agak lembut. Tapi alhamdulillah dgn keyakinan dlm dada sy dpt siapkan jugak cake ni. Ella pun sms pada saya dan mengatakan dia berpuas hati dgn deco cake ni. Terima kasih Ella...


Liesa doakan Ella n baby sihat hendaknye, selamat melahirkan dan moga dpt bb yg comel dan tembam yg macam ella harapkan...Thanx 4 ur support.

Simple deco dgn white choc on top of cake...skirting border maroon color.

Monday, August 3, 2009

Cookies For Hari Raya

Salam semua....hari ni sweetyfudge nak update kepada semua customer sweetyfudge. Kami buka tempahan untuk hari raya ni dengan cookies yang lazat iaitu Caramel Chocolate Chips dan juga Caramel Chocolate Chips with Almond Nibs. Kami datangkan dengan dua versi iaitu satu yang ada chocolate chips bersama kacang almond dan satu lagi hanya ada chocolate chips sahaja. Sesiapa yang tak berapa berkenan atau alergi dgn kacang boleh la order yg tiada kacang. Setakat ni hanya satu jenis produk je yang kami tawarkan kerana baru nak mencuba jual produk cookies ni. Sekiranya jualan menggalakkan tahun ni mungkin akan tambah lg produk utk tahun depan...hehehehe...

Rasa cookies ni seakan-akan famous amos sbb rasa caramel nye itu. Buatlah tempahan segera,meriahkan hari raya anda dengan cookies dari sweetyfudge. Harga 1 balang(50 pcs) ialah RM20. Tempahan dibuka dari 1 ogos 09 hingga 10 september 09. Masa tempahan akan dipendekkan sekiranya tempahan FULL. Akan diberitahu dari semasa ke semasa.



Cookies Brochure



Caramel Chocolate Chips with Almond Nibs Cookies



Caramel Chocolate Chips Cookies