ads nuffnang

SweetyFudge's Baking Activities

NO DELIVERY

Salam semua customer,

Buat masa sekarang Sweetyfudge tidak membuat deliver ye...Ada kekangan masa sedikit so memang tak dapat nak buat delivery sama ada weekdays or weekend....Kepada sesiapa yang order memang kene PICK UP SENDIRI ye sama ada di rumah (Armanee Condo) atau di office saya (Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut)...Sekian, harap maklum....

Monday, May 17, 2010

Resepi Pizza

Salam...

Kali ni entry ni kita buat pizza...dah lama teringin nk makan pizza buatan sendiri dan akhirnya dapat jugak buat pizza ni..puas hati la gak dgn hasilnye walaupun baru first time buat...hehehe...resepi nye saya amik dari en mat gebu yang femes bangat tu...tapi saya olah sedikit resepi nye iaitu olah bahagian sos dan topping nye...cuma base tu memang sebijik ikut resepi en mat kita...kalau nak original resepi bleh tgk kt sini

Firstly sy nk tunjuk sos yg sy guna...

Saya juz guna sos spaghetti Kimball perasa cendawan...rasa dia sedap sgt bila dijadikan sos base utk pizza ni...but kalau nak ikut resepi mat gebu pun ok gak cuma sy ni nak cepat jek...

Ni pulak olive yg sy guna utk topping pizza ni...

Bahan-bahan untuk topping...seperti capsicum hijau dan merah, chicken ball farmbest, koktel ayam black pepper ayamas, cendawan butang, black olive dan green olive....
kalau ada yg nak tambah lagi topping dia utk meriah kan atas dia bleh la tmbh ape yg digemari...

Base bila dh disapu dgn sos...

Kemudian letak topping yang macam2 tuh...nampak menarik tak...hehehe

...dan yang paling penting dlm pizza ni ialah keju mozarellla...sprinkle kt atas topping tadi..

okla..kt sini saya tunjuk kan resepi nye ye...sy copy n paste dari en mat gebu punye page...izinkan saya ye en mat gebu....

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PIZZA (kalau nk cepat boleh ikut cara sy...hehehe)
1 tin tomato dalam tin "jenis plum tomato", diramas
1/2 cawan sos tomato
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 helai bay leaf
1/2 camca teh herba basil kering
1/2 camca teh herba oregano kering
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Minyak zaitun untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
(juz guna Sos Spaghetti Kimball perasa cendawan)

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN TOPPING PIZZA :-)
3 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong (guna koktel ayam black pepper)
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum (tak masukkan)
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
10 biji buah zaitun
20 biji jeruk capers (tak masukkan)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2 (sy guna yg tlh shredded)
yang ni tambahan:
10 biji chicken ball "farmbest"
10 biji cendawan butang

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS PIZZA :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis cincangan bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan bay leaf dan tomato sos. Kacau rata dan masukkan tomato dalam tin yang telah diramas tadi. Tambah herba oregano, basil dan serbuk lada hitam, masak hingga pekat. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa, gula lebih sedikit untuk mengimbangkan rasa masam tomato. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  3. UNTUK TOPPING PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
 bila keluar oven sy tambah lagi dgn slices cheddar cheese, koyak2 kan dan tabur atas pizza yg telah masak td...dia akan mencair kt atas pizza td..... mmm yummy



boleh la kita makan sekarang...makan panas2 dgn sos cili atau ditabur dgn cili flakes..bg sesapa yg suka sos tobasco boleh la sprinkle kt atas pizza ni...sedap nye...

No comments: