

Fresh from oven
Blueberry Muffin

@::3 jenis muffin & 1 cupcake ::@
Vanilla Chocolate Chips Muffin
Blueberry Muffin
Strawberry Muffin
Chocolate Moist Cupcake
SweetyFudge ingin berkongsi resepi kat sini:
Bahan-bahan:
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan gula caster
3 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan susu segar
1/3 cawan minyak jagung
1 biji telur
3/4 cawan chocolate chips
3 sudu kecil gula putih
3 sudu kecil gula perang
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 205 darjah celcius.
Dalam mangkuk sederhana, campurkan tepung, 1/2 cup gula, baking powder, chocolate chips, dan garam; sebatikan. Dalam Mangkuk kecil pula, campurkan susu, minyak dan telur; kacau sebati.
Campurkan bahan basah ke dalam bahan kering terus, kacau hanya sekadar sebati sahaja(adunan akan jadi 'lumpy'...jgn over kacau).
Masukkan adunan 2/3 ke dalam cup muffin. Taburkan atas muffin dgn campuran gula putih & gula perang.
Bakar dalam 20-25 minit sehingga masak.
Sekiranya mahukan filling blueberry atau strawberry; masukkan dulu sedikit adunan kemudian isikan filling di tengah2 dan tambahkn lg adunan di atas filling sehingga menjadi 2/3 penuh(abaikan bahan chocolate chips).